01 · HAFAZAN
Catat surah dan ayat
Tambah surah, tandakan ayat yang sudah dihafaz, kemudian lihat kemajuan surah awak.
IKUT RENTAK AWAK
Setiap orang ada rentaknya sendiri. Teruskan hafazan sedikit demi sedikit, mengikut ruang dan kemampuan yang ada.
Kenali My Hifz Tracking Journey ↓Ruang untuk menyusun hafazan, satu langkah pada satu masa.

PERNAH RASA BEGITU?
Pernah tak kita buka mushaf, cuba mengingati ayat yang dulu terasa begitu dekat, lalu terfikir, “Aku dah sampai mana, ya?”
Hari hari kita penuh dengan urusan. Ada masa untuk menghafaz, ada masa untuk mengulang, dan ada masa kita perlu mula semula.
Apa yang sudah diusahakan tetap bermakna. Kadang kadang, kita cuma perlukan ruang untuk melihat semula langkah yang sudah diambil.
IKUT KEMAMPUAN AWAK
Ada hari kita sempat mengulang satu ayat. Ada hari kita baru mula menyusun surah. Kedua duanya tetap langkah ke hadapan. My Hifz Tracking Journey membantu awak mencatat hafazan dan murajaah, supaya perjalanan ini lebih mudah diikuti.
UNTUK USAHA HAFALAN AWAK
Catat hafazan dan murajaah awak dalam satu ruang yang mudah dibuka bila bila masa.
01 · HAFAZAN
Tambah surah, tandakan ayat yang sudah dihafaz, kemudian lihat kemajuan surah awak.
02 · MURAJAAH
Gunakan barisan murajaah automatik atau pilih sendiri surah dan ayat yang mahu diulang.
03 · KEMAJUAN
Semak jumlah ayat yang dihafaz, surah yang dimulakan, sesi murajaah dan rentetan hari awak.
04 · PILIHAN AWAK
Pilih 3, 5 atau 10 ayat sehari, atau tetapkan sasaran sendiri. Awak juga boleh memilih tema cerah atau gelap.
05 · DATA & SANDARAN
Rekod awak disimpan dalam browser pada peranti ini. Eksport fail sandaran untuk disimpan dan pulihkan semula bila diperlukan.
Langkah kecil yang dibuat berulang kali boleh membawa kita jauh.
Mulakan dengan rentak awak sendiri.
SOALAN YANG MUNGKIN AWAK ADA
My Hifz Tracking Journey ialah aplikasi digital yang membantu awak mengurus dan menjejak perjalanan hafazan Al-Quran. Awak boleh merekod surah dan ayat yang sedang dihafaz, memantau kemajuan serta mengurus aktiviti murajaah.
Tidak. Aplikasi boleh digunakan tanpa pendaftaran akaun, nama pengguna atau kata laluan.
Harga pengenalan ialah RM19.90, bayaran sekali sahaja selagi promosi harga pengenalan tersedia. Selepas promosi tamat, harga biasa ialah RM29.90. Tiada caj langganan bulanan atau tahunan. Semak jumlah akhir pada halaman Billplz sebelum membuat bayaran.
Akses diberikan tanpa bayaran berulang, selagi aplikasi terus dikendalikan dan infrastruktur teknikal yang diperlukan masih tersedia.
Rekod disimpan secara lokal pada peranti atau pelayar yang awak gunakan. Rekod tidak disegerakkan secara automatik antara telefon, tablet atau komputer.
Tidak secara automatik. Sebelum bertukar peranti, gunakan fungsi Backup untuk menyimpan salinan rekod. Kemudian gunakan fungsi Restore pada peranti baharu.
Pastikan fail dipilih dengan betul. Restore akan menggantikan rekod sedia ada pada peranti itu.
Rekod lokal mungkin turut terpadam. Buat backup secara berkala untuk menyimpan salinannya.
Aplikasi memerlukan sambungan internet untuk dimuatkan. Ketersediaan fungsi tanpa internet bergantung pada keadaan aplikasi dan pelayar. Jangan anggap semua fungsi tersedia secara luar talian.
Android: Buka pautan aplikasi melalui Chrome, tekan menu tiga titik, pilih “Install app” atau “Add to Home screen” jika tersedia, kemudian ikut arahan.
iPhone: Buka pautan melalui Safari, tekan Share, pilih Add to Home Screen, kemudian ikut arahan. Nama pilihan mungkin berbeza mengikut peranti. Ini aplikasi web, bukan aplikasi yang dimuat turun daripada App Store atau Play Store.
Jangan terus reset aplikasi atau padam data pelayar. Pastikan awak menggunakan peranti dan pelayar yang sama, kemudian tutup dan buka semula aplikasi. Jangan import fail backup secara rawak. Hubungi sokongan jika masalah berterusan.
Pastikan fail itu backup My Hifz Tracking Journey yang belum diubah suai, tidak rosak dan formatnya disokong. Jika masih gagal, hubungi sokongan dengan screenshot mesej ralat. Jangan kongsi fail backup yang mengandungi rekod peribadi secara terbuka.
Aplikasi membantu awak merekod dan mengurus perjalanan hafazan. Ia bukan pengganti bimbingan guru, semakan bacaan atau pengajian tajwid.
Permohonan refund dinilai berdasarkan keadaan setiap kes. Hubungi kami dengan maklumat pesanan dan bukti bayaran. Refund tidak dijamin dan tertakluk pada hasil semakan serta hak pengguna di bawah undang-undang.
E-mel adifstudio07@gmail.com dengan jenis peranti, pelayar dan penerangan masalah. Untuk pertanyaan transaksi, sertakan rujukan pembayaran.
The Adif Studio · Tarikh kuat kuasa: 24 November 2026
The Adif Studio menghormati privasi pengguna. Notis ini menerangkan pengendalian maklumat apabila awak menggunakan aplikasi atau membuat pembelian. Aplikasi direka untuk digunakan tanpa pendaftaran akaun atau log masuk.
Aplikasi menyimpan senarai surah yang dipilih, status dan kemajuan hafazan ayat, rekod murajaah, sasaran hafazan serta tetapan bahasa dan tema. Maklumat ini disimpan secara lokal dalam storan pada peranti atau pelayar. Rekod tidak disegerakkan secara automatik antara peranti dan boleh terjejas jika data pelayar atau storan aplikasi dipadam.
Awak tidak perlu memberikan nama penuh atau nombor kad pengenalan untuk menggunakan fungsi asas aplikasi.
Backup menyimpan salinan rekod dalam fail; Restore memulihkan rekod daripada fail yang serasi. Kami menggalakkan backup berkala, menyimpan fail di tempat selamat, membuat backup sebelum bertukar peranti dan tidak berkongsi fail dengan individu yang tidak dipercayai. Pengguna bertanggungjawab menjaga salinan backup.
Pembayaran diproses melalui Billplz. Billplz dan pihak berkaitan mungkin mengendalikan maklumat yang diperlukan untuk transaksi mengikut proses dan notis privasi mereka. The Adif Studio mungkin mengendalikan maklumat transaksi untuk mengesahkan pembayaran, menyimpan rekod jualan, mengurus akses, menjawab pertanyaan dan menyemak permohonan refund atau isu bayaran. Maklumat transaksi berasingan daripada rekod hafazan dalam aplikasi.
Penyedia infrastruktur atau perkhidmatan berkaitan mungkin memproses maklumat teknikal seperti alamat IP, jenis pelayar, masa akses atau log keselamatan. Maklumat sebenar bergantung pada konfigurasi hosting dan perkhidmatan yang digunakan.
Kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi maklumat di bawah kawalan The Adif Studio. Storan lokal boleh terjejas jika data pelayar dipadam; orang lain mungkin mengakses peranti kongsi; fail backup perlu dilindungi oleh pengguna; dan tiada sistem digital menjamin keselamatan mutlak.
Untuk pertanyaan privasi atau maklumat transaksi, e-mel adifstudio07@gmail.com.
Notis boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan disediakan melalui saluran rasmi My Hifz Tracking Journey.
Small Steps. Deeper Connection With the Quran.
The Adif Studio · Tarikh kuat kuasa: 24 November 2026
Dengan membeli atau menggunakan My Hifz Tracking Journey, awak bersetuju dengan terma berikut.
Aplikasi digital ini membantu pengguna mengurus perjalanan hafazan, termasuk menjejak surah dan ayat, merekod kemajuan, mengurus murajaah, memantau perkembangan serta menyimpan dan memulihkan rekod. Ia alat pengurusan peribadi, bukan pengganti guru Al-Quran, kelas hafazan atau bimbingan agama.
Harga pengenalan ialah RM19.90 untuk bayaran sekali sahaja, selagi promosi harga pengenalan tersedia. Selepas promosi tamat, harga biasa ialah RM29.90. Tiada caj langganan bulanan atau tahunan. Ketersediaan promosi dimaklumkan melalui halaman jualan rasmi. Pembayaran dibuat melalui Billplz atau saluran rasmi yang ditetapkan The Adif Studio.
Selepas pembayaran disahkan, pembeli diberikan akses. Aplikasi tidak memerlukan akaun atau log masuk. Hak penggunaan peribadi berterusan tanpa bayaran berulang selagi aplikasi, hosting dan infrastruktur yang diperlukan tersedia. Kami berusaha mengekalkan ketersediaan dan memberi notis munasabah tentang perubahan besar atau penamatan terancang. Bayaran sekali sahaja bukan jaminan operasi selama-lamanya tanpa perubahan atau gangguan.
Pembelian memberikan hak penggunaan peribadi. Pembeli tidak dibenarkan menjual semula atau mengedarkan aplikasi tanpa kebenaran, menyalin atau mengubah suai untuk tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis, berkongsi akses berbayar secara tidak sah atau menggunakan aplikasi untuk tujuan yang melanggar undang-undang. Hak milik intelek kekal milik The Adif Studio atau pemilik hak berkaitan.
Rekod disimpan secara lokal dan tidak disegerakkan secara automatik. Pengguna bertanggungjawab membuat backup berkala dan menyimpannya dengan selamat. Pemadaman storan boleh menyebabkan kehilangan data. Rekod tanpa backup mungkin tidak dapat dipulihkan.
Kami boleh menyediakan pembaikan pepijat, penambahbaikan keselamatan dan pengalaman pengguna, serta penambahan atau pengubahsuaian fungsi. Gangguan sementara mungkin berlaku akibat penyelenggaraan, rangkaian atau penyedia perkhidmatan.
Permintaan refund kerana perubahan fikiran atau tidak lagi berminat tidak diberikan secara automatik selepas akses disediakan. Permohonan boleh dipertimbangkan bagi pembayaran berganda, bayaran berjaya tanpa akses, masalah teknikal serius yang menjejaskan fungsi utama dan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh munasabah, atau keadaan lain yang memerlukan penyelesaian menurut hak pengguna di bawah undang-undang. Setiap permohonan dinilai berdasarkan keadaan sebenar.
Untuk pertanyaan pembayaran, akses atau masalah teknikal, e-mel adifstudio07@gmail.com. Sertakan rujukan transaksi dan penerangan masalah.
Kami mengambil langkah munasabah untuk memastikan aplikasi berfungsi seperti diterangkan. Pengalaman mungkin bergantung pada peranti, pelayar, sistem operasi dan sambungan internet. Terma ini tidak mengecualikan hak pengguna yang tidak boleh dikecualikan di bawah undang-undang.
Terma boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Perubahan penting akan dimaklumkan melalui saluran rasmi produk.
The Adif Studio · adifstudio07@gmail.com. Dengan membeli atau menggunakan aplikasi, awak mengakui telah membaca dan memahami terma ini.
BILA AWAK SUDAH BERSEDIA
Usaha kecil awak tetap sebahagian daripada perjalanan.
KALAU INI SESUAI UNTUK AWAK
My Hifz Tracking Journey memberi awak ruang untuk mencatat hafazan dan murajaah, ikut masa dan kemampuan sendiri.
Rekod awak boleh dibuka semula bila mahu menyambung. Satu ayat, satu langkah pada satu masa.
Harga pengenalan RM19.90 selagi promosi tersedia. Harga biasa RM29.90 selepas promosi tamat. Tiada bayaran berulang.
Mulakan Perjalanan Saya →Pembayaran dibuat melalui Billplz.YOUR JOURNEY, AT YOUR PACE
Everyone has their own pace. Keep going with your memorisation, a little at a time, in a way that fits your life.
Meet My Hifz Tracking Journey ↓A simple space to keep your hifz journey in order.

DOES THIS FEEL FAMILIAR?
Have you ever opened your mushaf, reached for a verse that used to come easily, and wondered how much of it you still remember?
Life gets full. Some days there’s time to memorise. Some days, all you can manage is a little revision. And sometimes, you need to find your way back.
The effort you’ve already made still counts. A little space to keep track can help you see the steps you’ve taken.
AT YOUR OWN PACE
Some days you might review one verse. Some days you might simply organise a surah. Both are ways of moving forward. My Hifz Tracking Journey helps you keep a record of your memorisation and revision, so it’s easier to see how your journey is going.
A SPACE FOR YOUR HIFZ
Keep your memorisation and revision notes together, ready whenever you need them.
01 · MEMORISATION
Add a surah, mark the verses you’ve memorised, and check your progress for each one.
02 · REVISION
Work through the automatic revision queue or choose a surah and verse yourself.
03 · PROGRESS
Check verses memorised, surahs started, revision sessions and your day streak.
04 · YOUR SETTINGS
Set a goal of 3, 5 or 10 verses a day, or choose your own. You can also use light or dark mode.
05 · DATA & BACKUP
Your records stay in the browser on this device. Save a backup file and restore it whenever you need to.
Small steps, taken often, can carry you a long way.
Find a pace that feels right for you.
A FEW THINGS YOU MAY BE WONDERING
A digital app that helps you organise and track your Quran memorisation journey. Record surahs and verses you are learning, follow your progress and manage revision.
No. You can use the app without registering an account, username or password.
The introductory price is RM19.90, paid once, while the introductory promotion is available. The regular price is RM29.90 after it ends. There are no monthly or yearly subscription fees. Check the final amount on Billplz before paying.
Access continues without recurring fees while the app and the technical infrastructure it needs remain available.
Your records are stored locally in the browser on the device you use. They do not automatically sync between your phone, tablet or computer.
Not automatically. Save a backup before changing devices, then use Restore on the new device.
Choose the correct file. Restoring replaces the records already on that device.
Your locally stored records may also be deleted. Make backups regularly to keep a copy.
The app needs an internet connection to load. Offline availability depends on the app and browser, so please do not assume every feature works offline.
Android: Open the app link in Chrome, tap the three dot menu, choose “Install app” or “Add to Home screen” if available, then follow the prompts.
iPhone: Open the link in Safari, tap Share, choose Add to Home Screen, then follow the prompts. Menu labels may vary. This is a web app, not an app downloaded from the App Store or Google Play.
Do not reset the app or clear browser data straight away. Check that you are using the same device and browser, then close and reopen the app. Do not import an arbitrary backup file. Contact support if the problem continues.
Check that the file is an unmodified My Hifz Tracking Journey backup, is not damaged and is supported by the app version. If it still fails, contact support with a screenshot of the error. Do not share a backup containing personal records publicly.
It helps you record and manage your journey. It does not replace a teacher, recitation review or tajwid studies.
Refund requests are reviewed case by case. Contact us with your order details and proof of payment. A refund is not guaranteed and is subject to the review outcome and any rights you have under applicable law.
Email adifstudio07@gmail.com with your device, browser and a description of the issue. For payment enquiries, include the transaction reference.
The Adif Studio · Effective date: 24 November 2026
The Adif Studio respects the privacy of My Hifz Tracking Journey users. This notice explains how information is handled when you use the app or make a purchase. The app is designed to work without an account or sign-in.
The app may store selected surahs, memorisation status and verse progress, revision records, hifz goals, and language and theme settings. This information is stored locally in the browser or on your device. It does not automatically sync across devices and may be affected if browser data or app storage is deleted.
You do not need to provide your full name or identity card number to use the app’s basic features.
Backup saves a copy of your records in a file; Restore lets you recover records from a compatible backup file. We encourage regular backups, safe storage, making a backup before changing devices, and not sharing backup files with people you do not trust. Users are responsible for keeping their backup copies safe.
Payments are processed through Billplz. Billplz and related parties may handle information needed for transactions under their own processes and privacy notices. The Adif Studio may handle transaction information to verify payments, keep sales records, manage product access, answer customer enquiries, and review refund requests or payment issues. Transaction information is separate from hifz records stored in the app.
Infrastructure or service providers may process technical information such as IP address, browser type, access time or security logs. The information processed depends on the hosting setup and services used.
We take reasonable steps to protect information under The Adif Studio’s control. Local storage may be affected if browser data is deleted; other people may access a shared device; users must protect backup files; and no digital system can guarantee absolute security.
For privacy or transaction enquiries, email adifstudio07@gmail.com.
This notice may be updated from time to time. The latest version will be available through official My Hifz Tracking Journey channels.
Small Steps. Deeper Connection With the Quran.
The Adif Studio · Effective date: 24 November 2026
By purchasing or using My Hifz Tracking Journey, you agree to these terms.
This digital app helps users manage their Quran memorisation journey, including tracking surahs and verses, recording progress, managing revision, viewing progress, and backing up and restoring records. It is a personal tracking tool, not a replacement for a Quran teacher, memorisation class or religious guidance.
The introductory price is RM19.90, paid once, while the introductory promotion is available. The regular price is RM29.90 after it ends. There are no monthly or yearly subscription fees. Promotion availability will be stated on the official sales page. Payment is through Billplz or another official channel designated by The Adif Studio.
Access is provided after payment is confirmed. No account or sign-in is required. Personal use continues without recurring fees while the app, hosting and required technical infrastructure remain available. We will make reasonable efforts to keep the app available and give reasonable notice of major changes or planned discontinuation. A one-time payment does not guarantee that the app will operate forever without changes or interruptions.
Your purchase grants personal use. You may not resell or distribute the app without permission, copy or modify it for commercial use without written permission, share paid access unlawfully, or use the app for unlawful purposes. Intellectual property remains with The Adif Studio or the relevant rights holder.
Records are stored locally and do not sync automatically. You are responsible for making regular backups and keeping them safe. Deleting local storage may cause data loss. Records without a backup may not be recoverable.
We may provide bug fixes, security and user experience improvements, or add or modify features. Temporary interruptions may occur because of maintenance, network issues or service providers.
Refunds are not automatically provided for a change of mind or loss of interest after access is made available. Requests may be considered for duplicate payments, successful payment without access, serious technical issues affecting core functions that cannot be resolved within a reasonable time, or other circumstances requiring a remedy under consumer law. Each request is assessed on its circumstances.
For payment, access or technical enquiries, email adifstudio07@gmail.com. Include your transaction reference and a description of the issue.
We take reasonable steps to keep the app working as described. Your experience may depend on your device, browser, operating system and internet connection. These terms do not exclude consumer rights that cannot be excluded under applicable law.
These terms may be updated from time to time. Important changes will be communicated through official product channels.
The Adif Studio · adifstudio07@gmail.com. By purchasing or using the app, you acknowledge that you have read and understood these terms.
WHEN YOU’RE READY
Every small effort is part of your journey.
Explore My Hifz Tracking Journey ↑IF THIS FEELS RIGHT FOR YOU
My Hifz Tracking Journey gives you a place to record your memorisation and revision, at a pace that fits your life.
Open your records whenever you’re ready to continue. One verse, one step at a time.
Introductory price RM19.90 while the promotion is available. Regular price RM29.90 after it ends. No recurring fees.
Start My Journey →Payment is handled through Billplz.